ALHAMDULILLAH

Sentiasa basahkan bibir dengan ucapan syukur alhamdulillah di atas segala yang kita ada..

Ahad, 2 Disember 2012

Kisah Bunga

Assalamualaikum wrt..sebarkan salam.
Rutin harian sebagai penyelidik menyebabkana saya kembali ke bendang untuk melihat keadaan bunga2 yang menjadi kajian. Alhamdulillah pilihan bunga tepat untuk kawasan ni, berkembang cantik dan tahan lasak.
Berbalik kepada kisah bunga, biasa kita lihat banyak pokok2 berbunga di semak, tepi jalan, dalam kebun getah, kebun sawit dan pesisir pantai. Dulu mereka tidak diendahkan, tidak dipandang malah diracun, dibakar, dicantas! Tapi kita tak tahu sebenarnya takdir Allah boleh mengubah mereka menjadi rebutan dan berguna kepada tanaman lain. Betul dan benar sekali, mereka mampu menarik serangga untuk hinggap pada bunga mereka yang kaya dengan nektar. Bunga per la kan yang sibuk saya bebelkan ni? itu lah bunga tahi ayam (Lantana camara), bunga lidah kucing (Turnera subulata) dan masih dalam kajian bunga-bunga hiasan yang kurang nilainya di mata manusia (Zinnia elegans) dan masih dalam kajian ulam raja (Cosmos caudatus). Hampir lupa rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bunga matahari liar (Wedelia trilobata) Kenapa saya italickan nama2 tersebut?itulah cara penulisan nama saintifik pokok. Insya Allah ilmu sama kita kongsi, tak rugi kan? ok kat bawah saya tampalkan gambar pokok-pokok tu ye, selamat berkenalan dengan pokok berguna ni!

Moral of the story, jangan sekali-kali kita rasa diri kita tak berharga, kita ada nilai sendiri yang mungkin belum dicungkil lagi. Sama2 kita cari kekuatan kita dan tonjolkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan