ALHAMDULILLAH

Sentiasa basahkan bibir dengan ucapan syukur alhamdulillah di atas segala yang kita ada..

Jumaat, 21 Disember 2012

Teratai ke telipok??

Selamat pagi Jumaat yang indah! Alhamdulillah di hari yang tenang ni (xde org kat ofis)..huhu masing-masing buat keje masing-masing..ter'surf' pasal bunga teratai dan telipok. Tau tak korang bunga ni dua jenis tumbuhan akuatik yang berbeza? satu yang dipanggil teratai atau lotus adalah dari famili Nelumbonaceae, manakala telipok atau water lily plak dari famili Nympheaceae. Senangnya kalau tgk dari segi rupa bentuk bunga, teratai tu yang ada biji kat tengah, telipok xde. xyah nak panjang2 citer..jom tgk gambar ni..layanzzz
Teratai @ Lotus
Telipok merah @ Red water lily
Telipok putih @ White water lily

Kalau nak maklumat lanjut pasal bunga ni bacalah, carilah kat tenet..banyak..tambahan plak bunga ni adalah bunga suci kaum China. Ada macam2 jenis bunga akuatik ni..amat menarik. Nanti kalau ada rezeki insyaAllah akan di uploadkan.

Selasa, 18 Disember 2012

Seminggu Berhujan

Alhamdulillah, akhirnya selepas seminggu berhujan di hometown kini dah kembali ke tempat kerja. Memang hujan di Kelantan xdapat dielakkan pada hujung tahun macam ni. Mula dari khamis sampai la selasa, hujan non-stop. tapi sempat jugak ke terengganu, huhuhu xpuas!!xsempat nak meninjau lama-lama kat pasar payang..memang naik rabun mata yang sedia rabun bila tengok kain batik yg very exclusive tu..cantik ssgt rama2..tapi beli satu je. kena pegi lain kali nmpknye, beli borong pulak..hehe. Disebabkan hujan yg xberhenti maka xde la sempat nak bergambar..tab pulak hbs bateri sbb si haikal main game xberenti..hah kan dah xde kenangan masa hujan tu..ishh!

bersama-sama dengan mek, ayah, adik dan anak2 masa konvo bulan okt 2012
haikal pun nak merasa jugak!
Tapi gambar masa konvo bulan 10 yg lepas ada, gambr kat kedai makan yg cantik..English Style gitu kedai dia. Tang kedai ni memang seronok tgk interior design dia, tapi tokey dia sombong la..xmesra alam langsung. Kalau kawan2 nak berbisnes jgn la jadi mcm tu, kita kena ingt, customer always right! Xpe la, kedai cantik punya pasal, saya nak jugak tempek gambar kat sini. biar kena dengan tema lovely crafty..memang kreatif hiasan dia. Ni konvo me n my sis, me dpt sarjana n my sis dpt dip (nurse). En hubby yg tlg snap..thanx!



Rabu, 5 Disember 2012

Tulislah..bacalah

Indah sungguh pagi khamis ni..alhamdulillah sekali lagi kita diberi peluang untuk bernafas di bumiNya.

Dah hari khamis dah, berapa biji buku kita baca minggu ni? berapa muka surat quran dah kita habiskan?..atau dah berapa kali kita review mukabuku pada jam ni??hehe..apa pun media yang kita gunakan, pastikan kita manfaatkan. Alangkah rugi kalau kita bermuka buku tapi lanngsung tidak mencoret sepatah ayat yang berguna untuk tatapan sahabat kita..alangkah malang kita mempunyai ilmu tapi tidak ditulis untuk berkongsi dengan yang lain..kita boleh jadikan semua tu sebagai jambatan menuju ke syurga..mungkin juga ke neraka. Ambil contoh ulama2 terkemuka, Imam Ghazali, Imam Nawawi, Hamka..semuanya menukilkan penulisan masing2 dan kita masih kenal mereka walau dah tiada kat dunia. Hebatnya orang yang menulis, memblog mampu pengaruhi pembaca..pahala pun dapat. Jom2 kita mula belajar menulis..karanglah dari hati, terjemahkan dari minda!

Selasa, 4 Disember 2012

Kad lama

Mulakan dengan langkah pertama! Ya, itu yang perkataan yang mula-mula saya nak sebut, selagi kita tak mulakan, mcmn nak jadi kan? ok guys, mesti u alls ada terima kad jemputan yang cantik2 kan? lepas habis majlis, apa korang buat dengan kad tu?simpan?mak aihh berapa kotak nak simpan benda tu?buang?ha yang ni mesti ramai buat kan?habis majlis, campak ke bakul sampah..hmmm kesian dekat kad tu, tapi nak buat per kan?Ha..kat sini saya nak bagitau, kad yang comel2 dan mahal2 tu baik kita gunakan untuk sesuatu yang menarik seperti bingkai gambar!

koleksi yang ada kat ofis

Ahad, 2 Disember 2012

Celoteh hujung tahun

Cuti-cuti ni mesti ramai yang mula pegi jalan merata kan?? Cuti-cuti malaysia la katakan..tapi baru-baru ni terdengar luahan kawan-kawan..asal cuti sekolah je semua melambung. Betul jugak tu, sebagai contoh kos hotel je la..semuanye mahal, bila tanya je diorang kata cuti sekolah..hmm dari satu pihak memang la peniaga nak untung, habis tu pengguna macamana? kena pulak jenis yang anak ramai, pastu bergaji..aduhai nasib badan..

Nasib org macam kami yang anak kecik2, cuti kena rancang sendiri plak lain kisahnya..semua kene ikut bos..hai dah xreti2 nak rancang cuti sendiri???!! Erkk..mcmn tu??? ikut yang mana boleh ikut, pot pet pot pet je kalau xboleh ikut..huhu..

Kisah Bunga

Assalamualaikum wrt..sebarkan salam.
Rutin harian sebagai penyelidik menyebabkana saya kembali ke bendang untuk melihat keadaan bunga2 yang menjadi kajian. Alhamdulillah pilihan bunga tepat untuk kawasan ni, berkembang cantik dan tahan lasak.
Berbalik kepada kisah bunga, biasa kita lihat banyak pokok2 berbunga di semak, tepi jalan, dalam kebun getah, kebun sawit dan pesisir pantai. Dulu mereka tidak diendahkan, tidak dipandang malah diracun, dibakar, dicantas! Tapi kita tak tahu sebenarnya takdir Allah boleh mengubah mereka menjadi rebutan dan berguna kepada tanaman lain. Betul dan benar sekali, mereka mampu menarik serangga untuk hinggap pada bunga mereka yang kaya dengan nektar. Bunga per la kan yang sibuk saya bebelkan ni? itu lah bunga tahi ayam (Lantana camara), bunga lidah kucing (Turnera subulata) dan masih dalam kajian bunga-bunga hiasan yang kurang nilainya di mata manusia (Zinnia elegans) dan masih dalam kajian ulam raja (Cosmos caudatus). Hampir lupa rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bunga matahari liar (Wedelia trilobata) Kenapa saya italickan nama2 tersebut?itulah cara penulisan nama saintifik pokok. Insya Allah ilmu sama kita kongsi, tak rugi kan? ok kat bawah saya tampalkan gambar pokok-pokok tu ye, selamat berkenalan dengan pokok berguna ni!

Moral of the story, jangan sekali-kali kita rasa diri kita tak berharga, kita ada nilai sendiri yang mungkin belum dicungkil lagi. Sama2 kita cari kekuatan kita dan tonjolkan!

Ahad, 8 Julai 2012

Floria Putrajaya 2012

Semasa buka email rasmi, terselit satu berita.."Floria Putrajaya 2012"..Wah!!teruja sangat...halaman email saya baca satu persatu...Tema: Bunga kertas.. Dah pulakk, terasa sikit kuciwa dihati. Tahun lepas tema Bunga Mawar..my feveret flower!tapi tak dapat nak ikut sebab sarat mengandung Si Comel Dayana. Tapi gagahkan jugak nak pegi, setelah berbincang dengan en suami, alhamdulillah dia menurutkan saja dengan cadangan masa yang teramat bagus, waktu petang.
Sampai je kat Putrajaya, tu dia!! Ramai jugak org hari pertama pesta flora ni..Bila pandang kiri, kanan..depan..huh ramai nyer orang luar..bagus la sebab boleh tarik pelancong atau mungkin ramainya pelajar dan mereka yang bekerja di M'sia ni. Alahai korang boring ye baca panjang-panjang..lets make it short..tgk la gambar menarik kat bawah, very colourful and beautiful.

Daisy pelbagai warna


Bunga lili yang comel

Cheer leader Convent Bukit Nenas

Khamis, 5 Julai 2012

Sepintas lalu

Kreatifnya gambar ni dari sudut ia diambil

Dengan bismillah saya mulakan. alhamdulillah akhirnya tercipta juga blog yang telah lama diidamkan.

Kisahnya dah terlalu lama nak create blog ni, sama-sama berkongsi kisah kraf dan keunikan apa2 jer yang berkaitan dengan kreatif. InsyaAllah di blog ni saya akan muatkan beberapa kisah dan perjalanan tentang sesuatu yang menarik untuk tatapan semua..:)