ALHAMDULILLAH

Sentiasa basahkan bibir dengan ucapan syukur alhamdulillah di atas segala yang kita ada..

Khamis, 13 Disember 2018

MAHA

Bismillah,

Lama xbersiaran..sampai dah lupa blog sendiri weh! ok jangan merapu mok cik..tengok tajuk tu..MAHA! hah setiap dua tahun MAHA ni masih belum gagal diadakan. sejak tahun 2006, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018. Sepanjang penganjuran tu tahun 2012 paling aku kurang terlibat sebabnya duk kat Tg Karang. MAHA ni atau nama panjangnya Malaysia Agriculture, Horticulture Agrotourism Show adalah satu event pertanian terbesar di Asia Tenggara..ye la kot eh.

Bermula 2006 MAHA diadakan setiap kali cuti sekolah bermula, target kepada semua golongan untuk dapat hadir ke MAHA la kan. Masa tu first time dibuat di tapak MAEPS serdang sebagai tapak kekal la kan. lecah, becak segala macam benda banyak tak lengkap masa tu. biasa la 1st time. lama kelamaan makin elok kejadiannya sehinggalah pada tahun 2016 adalah kemuncaknya.  2018 masih tak kurang hebatnya jugak (mana xhebatnya..kami letih wooo..tapi gembira la). Ramai yang berkunjung beb! 2016 mencatat 3.8 pengunjung dan 2018, 3.4 pengunjung. Moh kita lihat apa yang ada kat tempat ni jom!
2014..ladang matahari utk test jentera

2014
2010
2010

2014

2014

2014

2014

2016

2016

2016

2016

2016

Ahad, 5 Ogos 2018

Langkah pertama mengenal dunia luar_VIetnam

Wahh seronoknya shopping!!haa tu la wanita namanya..mana boleh nak pisahkan wanita dengan shopping kan? Blog ni dah lama xupdate..bila belek2 album tu tetiba ternampak gambar ke vietnam, tahun 2016 beb..2016!!haha lama giler dah tu. Since dah terajin hari ni, xpe la tulis la jugak pasal vietnam.

Kisahnya bermula bila mana teringin sangat-sangat nak ke luar negara. masa tu mula la terpikir indonesia..sedang duk mencari-cari tu tetiba persatuan ada iklankan shopping kat vietnam. Hah jadila vietnam pun..masa tu dah terbayang-bayang dah tudung naelofar..kikih sori lofa i pi beli tudung u kat sana. bukan saje nak menidakkan tudung lofa tapi dah memang kalau ke sana memang murah sgt tudung tu, beli je la.

Perjalanan ke vietnam tak mengambil masa yang lama pun, 2 jam lebih. Masa nak turun tu nampak la bangunan2 kat bandar Ho chi minh tu, mak aihhh padat sangat! warna tanah banyaknya. Bila dah sampai, kami bergerak ke hotel bersama ahli kumpulan. Hotelnya comel je, jenis vertical narrow gitu..xreti nk gambarkan macamana dah. masa masuk kat bilik tu, kat floor tu kena naik lagi tangga, boleh bayangkan la bangunan sana jenis padat yang macam mana kan. 

Hari 1st lagi kami dah start teruja nak membeli belah. Kat bawah hotel dan sekitarnya je kami pergi. memang dah cukup banyak dah pakaian yang dijual di sana, seronok aih. Hari kedua pun sama dan nak tunggu hari ke 3 kami dah start boring. Shopping je pun, xde benda lain. Masa tu tudung yang banyak hanya naelofar je la. rombongan pula duk bawak tempat yang bagi kami kurang best, xpe la 1st experienced la katakan. Paling kami ni suka makanan kat sana senang nak dapatkan yang halal dan memang sedap sgt weh. Paling xboleh lupa sup ikan masam. hari-hari kami makan menu yang sama..haha!

Apa yang menarik kat Vietnam ni bila kita tengok rakyat depa, masih lagi ketinggalan dari segi kemajuan tapi semuanya jenis yang rajin bekerja. Rakyat Vietnam kurus2 je (makan sup je kan hari2), comel2 dan kurang mesra (suka paksa membeli..dah tu nk membeli sangat kan..padan muka i!). Sistem pengangkutan kurang memuaskan, ramai rakyat diorang ni naik motosikal je. Hon pulak tak berenti langsung..haiyoo kalau xde hon xboleh bawak kereta kot diorang ni. Nak melintas jalan pun susah..macam mana tak susahnya, dari 2 lorong jadi 5 lorong atau mungkin lebih. 

Beralih pulak kat barang-barang yang diorang jual. Menarik dan murah. boleh tawar-menawar lak tu. Industri kraf diorang macam hidup sangat la. Memang kegemaran i la tu. Ok jom kita layan gambar-gambar kat sana ye.

kraf yang menarik sangat2 tapi xlarat nak bawak.

Sup masam vietnam dan ikan goreng

macam2 kopi yang ada kat sini

cantikkan kelapa ni

pasar yang jual buah2

Penjual kat pasar malam ni peramah la pulak

bunga-bunga segar pun banyak..suka tengok

naik motor dan dan pakai mask adalah pandangan biasa kat sini

banyak sangat kain ela kat sini tapi kurang menarik perhatian i..bergambar je lebih..kiki