ALHAMDULILLAH

Sentiasa basahkan bibir dengan ucapan syukur alhamdulillah di atas segala yang kita ada..

Rabu, 23 April 2014

Etnobotani dan Seni

Salam pagi khamis yang sejuk..nyaman dan sedikit bertenaga..

Lama tak menjenguk blog yang comey ni, ahaks..comey la sangat..takpe yang penting ada keinginan nak mencomelkannya. Perut yang makin hari makin maju ke depan ni sedikit sebanyak menghalang kerja-kerja penulisanku..susah nak menaip sebab tak boleh nak tunduk dengan selesa. Sabar banyak-banyak tak lama dah nak 'meletup' ni..insyaAllah.

Ok sekarang kita balik kepada topik asal kita..Etnobotani..apa tu? masa mula-mula dengar perkataan ni adalah masa kntrak kat mardi telong..my ex-boss nak mencorakkan saya sebagai etnobotanist tapi tak kesampaian..isk isk! Etnobotani berasal dari dua perkataan; Etno dan botani. Etno adalah etnik atau budaya dan botani adalah tumbuhan. Secara mudahnya kajian tentang tumbuhan sesuatu budaya atau etnik yang mengamalkannya. Kalau surf kat tenet tu mesti korang akan dapat malumat tentang tumbuhan dan kaum asal sesuatu tempat. itu yang biasa dibuat kajian..masing-masing kaum ada amalan tersendiri dan bidang ni dipopularkan pada zaman sekarang ni oleh seorang anak muda yang cemerlang bernama James Wong. Uish dah la ada rupa, bijak plak tu..siap dapat hasilkan produk untuk setiap tumbuhan yang dia tahu tu. Terpegun kalau tengok rancangan dia..korang nak kenal ke siapa dia ni? jom kita sekodeng sikit mamat ni..

 James wong 
 

Tengok siap ada buku lagi. Kajian tentang etnobotani ni memang menarik, tambah-tambah lagi jika berada di kalangan pelbagai kaum. Siapa yang nak simpan dan bangunkan khazanah yang mungkin terkubur ni kalau bukan kita? ayuh kita fikir ke depan..dengan mendalami ilmu ni, kita akan mampu uruskan kehidupan kita dengan lebih senang dan ceria! tanah sekakngkang kera boleh dipergunakan sebaiknya, produk boleh hasilkan sendiri untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Harus kita ingat dengan sedikit kesenian kita akan mampu sesuatu yang cukup bernilai..macam mana tu?jom2 kita tengok lagi produk seni hasil obsesi terhadap etnobotani ni..
exfoliator_header
bath soak and body scrub: source http://www.cityplanter.co.uk/
                                    essential oil recipes
                                       Homemade essential oils