ALHAMDULILLAH

Sentiasa basahkan bibir dengan ucapan syukur alhamdulillah di atas segala yang kita ada..

Rabu, 23 April 2014

Etnobotani dan Seni

Salam pagi khamis yang sejuk..nyaman dan sedikit bertenaga..

Lama tak menjenguk blog yang comey ni, ahaks..comey la sangat..takpe yang penting ada keinginan nak mencomelkannya. Perut yang makin hari makin maju ke depan ni sedikit sebanyak menghalang kerja-kerja penulisanku..susah nak menaip sebab tak boleh nak tunduk dengan selesa. Sabar banyak-banyak tak lama dah nak 'meletup' ni..insyaAllah.

Ok sekarang kita balik kepada topik asal kita..Etnobotani..apa tu? masa mula-mula dengar perkataan ni adalah masa kntrak kat mardi telong..my ex-boss nak mencorakkan saya sebagai etnobotanist tapi tak kesampaian..isk isk! Etnobotani berasal dari dua perkataan; Etno dan botani. Etno adalah etnik atau budaya dan botani adalah tumbuhan. Secara mudahnya kajian tentang tumbuhan sesuatu budaya atau etnik yang mengamalkannya. Kalau surf kat tenet tu mesti korang akan dapat malumat tentang tumbuhan dan kaum asal sesuatu tempat. itu yang biasa dibuat kajian..masing-masing kaum ada amalan tersendiri dan bidang ni dipopularkan pada zaman sekarang ni oleh seorang anak muda yang cemerlang bernama James Wong. Uish dah la ada rupa, bijak plak tu..siap dapat hasilkan produk untuk setiap tumbuhan yang dia tahu tu. Terpegun kalau tengok rancangan dia..korang nak kenal ke siapa dia ni? jom kita sekodeng sikit mamat ni..

 James wong 
 

Tengok siap ada buku lagi. Kajian tentang etnobotani ni memang menarik, tambah-tambah lagi jika berada di kalangan pelbagai kaum. Siapa yang nak simpan dan bangunkan khazanah yang mungkin terkubur ni kalau bukan kita? ayuh kita fikir ke depan..dengan mendalami ilmu ni, kita akan mampu uruskan kehidupan kita dengan lebih senang dan ceria! tanah sekakngkang kera boleh dipergunakan sebaiknya, produk boleh hasilkan sendiri untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Harus kita ingat dengan sedikit kesenian kita akan mampu sesuatu yang cukup bernilai..macam mana tu?jom2 kita tengok lagi produk seni hasil obsesi terhadap etnobotani ni..
exfoliator_header
bath soak and body scrub: source http://www.cityplanter.co.uk/
                                    essential oil recipes
                                       Homemade essential oils

Ahad, 9 Februari 2014

Kembali ke Serdang

Alhamdulillah..alhamdulillah dan alhamdulillah..

Patah perkataan inilah yang mampu aku ucapkan setelah hampir 10 bulan berada di Seb Perai..satu tempat yang aku kira x sesuai dengan jiwa aku..apatah lagi berjauhan dengan En Suami..

Apa iktibar boleh diambil dengan peristiwa ini? Doa + usaha + tawakal = kejayaan

Bukan mudah untuk berdepan dengan semua ini..lain yang dirancang, lain yang menjadi..sesungguhnya memang perancangan Allahlah yang terbaik.. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya..hasilnya aku dapat buat kerja yang aku suka..alhamdulillah sekali lagi..hmm harap2nya xde la hangat tahi ayam..alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Satu polisi kerajaan yang aku nak sangat aku kritik 'saya yang menurut perintah' di atas segala arahan pertukaran..Ya Allah hai, kita ni kan manusia..sepatutnya kena ada la budi bicara..xpatut betul kalau keluar perkataan dari mulut seorang ketua/pemimpin..tugas no 1, peribadi no 2! no way! ingat hati dan perasaan ni boleh main tinggal2 kat rumah ke?kalau dah bekerja kat ofis, hati dan perasaan tu la yang kita bawak sama.
Kalau dah hati dan perasaan tidak tenteram, macamana nak buat kerja?? kerja entah ke mana..keluarga entah ke mana..jadi ambik tindakan, abaikan tohmahan dan kata2 mereka yang macam lalat disekeliling kita.
Huh! bukan mudah! tapi mungkin itulah caranya Allah nak mendidik dan menguji kita.

Harapan ku cuma satu, moga ada sinar dan harapan baru di tempat baru ini..wallahua'lam.
Suatu ketika di Seb Perai..kenangan yang selamanya menjadi kenangan..:)