ALHAMDULILLAH

Sentiasa basahkan bibir dengan ucapan syukur alhamdulillah di atas segala yang kita ada..

Khamis, 13 Disember 2018

MAHA

Bismillah,

Lama xbersiaran..sampai dah lupa blog sendiri weh! ok jangan merapu mok cik..tengok tajuk tu..MAHA! hah setiap dua tahun MAHA ni masih belum gagal diadakan. sejak tahun 2006, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018. Sepanjang penganjuran tu tahun 2012 paling aku kurang terlibat sebabnya duk kat Tg Karang. MAHA ni atau nama panjangnya Malaysia Agriculture, Horticulture Agrotourism Show adalah satu event pertanian terbesar di Asia Tenggara..ye la kot eh.

Bermula 2006 MAHA diadakan setiap kali cuti sekolah bermula, target kepada semua golongan untuk dapat hadir ke MAHA la kan. Masa tu first time dibuat di tapak MAEPS serdang sebagai tapak kekal la kan. lecah, becak segala macam benda banyak tak lengkap masa tu. biasa la 1st time. lama kelamaan makin elok kejadiannya sehinggalah pada tahun 2016 adalah kemuncaknya.  2018 masih tak kurang hebatnya jugak (mana xhebatnya..kami letih wooo..tapi gembira la). Ramai yang berkunjung beb! 2016 mencatat 3.8 pengunjung dan 2018, 3.4 pengunjung. Moh kita lihat apa yang ada kat tempat ni jom!
2014..ladang matahari utk test jentera

2014
2010
2010

2014

2014

2014

2014

2016

2016

2016

2016

2016

Ahad, 5 Ogos 2018

Langkah pertama mengenal dunia luar_VIetnam

Wahh seronoknya shopping!!haa tu la wanita namanya..mana boleh nak pisahkan wanita dengan shopping kan? Blog ni dah lama xupdate..bila belek2 album tu tetiba ternampak gambar ke vietnam, tahun 2016 beb..2016!!haha lama giler dah tu. Since dah terajin hari ni, xpe la tulis la jugak pasal vietnam.

Kisahnya bermula bila mana teringin sangat-sangat nak ke luar negara. masa tu mula la terpikir indonesia..sedang duk mencari-cari tu tetiba persatuan ada iklankan shopping kat vietnam. Hah jadila vietnam pun..masa tu dah terbayang-bayang dah tudung naelofar..kikih sori lofa i pi beli tudung u kat sana. bukan saje nak menidakkan tudung lofa tapi dah memang kalau ke sana memang murah sgt tudung tu, beli je la.

Perjalanan ke vietnam tak mengambil masa yang lama pun, 2 jam lebih. Masa nak turun tu nampak la bangunan2 kat bandar Ho chi minh tu, mak aihhh padat sangat! warna tanah banyaknya. Bila dah sampai, kami bergerak ke hotel bersama ahli kumpulan. Hotelnya comel je, jenis vertical narrow gitu..xreti nk gambarkan macamana dah. masa masuk kat bilik tu, kat floor tu kena naik lagi tangga, boleh bayangkan la bangunan sana jenis padat yang macam mana kan. 

Hari 1st lagi kami dah start teruja nak membeli belah. Kat bawah hotel dan sekitarnya je kami pergi. memang dah cukup banyak dah pakaian yang dijual di sana, seronok aih. Hari kedua pun sama dan nak tunggu hari ke 3 kami dah start boring. Shopping je pun, xde benda lain. Masa tu tudung yang banyak hanya naelofar je la. rombongan pula duk bawak tempat yang bagi kami kurang best, xpe la 1st experienced la katakan. Paling kami ni suka makanan kat sana senang nak dapatkan yang halal dan memang sedap sgt weh. Paling xboleh lupa sup ikan masam. hari-hari kami makan menu yang sama..haha!

Apa yang menarik kat Vietnam ni bila kita tengok rakyat depa, masih lagi ketinggalan dari segi kemajuan tapi semuanya jenis yang rajin bekerja. Rakyat Vietnam kurus2 je (makan sup je kan hari2), comel2 dan kurang mesra (suka paksa membeli..dah tu nk membeli sangat kan..padan muka i!). Sistem pengangkutan kurang memuaskan, ramai rakyat diorang ni naik motosikal je. Hon pulak tak berenti langsung..haiyoo kalau xde hon xboleh bawak kereta kot diorang ni. Nak melintas jalan pun susah..macam mana tak susahnya, dari 2 lorong jadi 5 lorong atau mungkin lebih. 

Beralih pulak kat barang-barang yang diorang jual. Menarik dan murah. boleh tawar-menawar lak tu. Industri kraf diorang macam hidup sangat la. Memang kegemaran i la tu. Ok jom kita layan gambar-gambar kat sana ye.

kraf yang menarik sangat2 tapi xlarat nak bawak.

Sup masam vietnam dan ikan goreng

macam2 kopi yang ada kat sini

cantikkan kelapa ni

pasar yang jual buah2

Penjual kat pasar malam ni peramah la pulak

bunga-bunga segar pun banyak..suka tengok

naik motor dan dan pakai mask adalah pandangan biasa kat sini

banyak sangat kain ela kat sini tapi kurang menarik perhatian i..bergambar je lebih..kiki

Jumaat, 16 Januari 2015

Kelahiran Penyeri Baru

Salam lagiii.. tajuk pun dah boleh agak..seorang lagi si Comel telah dilahirkan ke dunia..alhamdulillah..alhamdulillah..si comel Dhia ni lain sikit dari abang dan kakaknya..xbanyak karenah..alhamdulillah..

Saya suka tidoo

upin ipin tu apa??layan je laaa


aishh air liur melelehh..haha

Salam Petang Jumaat 2015

Assalamualaikum wrt wbt

Setiap hari ada kisahnye sendiri, setiap blogger ada rentaknya sendiri. .setiap masa ada detiknya sendiri..ada ketika kami pekerja tetap boring tetap menghitung masa..nak balik..uwaaa!!!

kadang2 tu la benda yang duk ralit terjadi sari2..haiii mak jemah betuii..boring yang datang beb! nak buat guano..ngehngeh..

Hari ni panas terik..lamo xberblog weh..jom kita cerita ceriti kat sini. Hari ni keje duk ngemas bilik..kunun nak amik mood..kununn la..haha..kunun nak menulis..lamonye terbengkalai keje2 penulisanku weh..xde mood. Kena pulak tulisan teknikal..ya Allah..ampunnnn..bahasa omputih pulak..adoii ngeri mak! tapi disebabkan keje..sekali lagi ye..keje! tanggungjawab..kena paksa rela la geng. 

Tersentuh pasal tulis menulis ni..hmmm sedih banyak ooo..banyak kisah suka duka di sebalik penulisan ni..satunya bila orang xnak amik pedulik apa yang hang tulis..keduanya susah nah submit, once dah submit depa sekali xpedulik! apa kes ni weii..sedih tahap gaban ni! ketiganya bos duk suh tulis..tulis..tulis!tapi depa xkan xtau..ladang pun kena jenguk..oit jadi petani lak aku..haha! pulak kena tengok serangga..apa dah jadi ni cik gee..kena tahu pasai ento la pulok dohh...kesekian kalinya..bila nak terbit penulisan cik gee hok submit thn lepas tu..kureng semangat la gini! uhuk uhuk..sedey! pastu kalau jadi second author..mcm xde nilai..uwaaa sedey lagi!

Tapi bila dipikir..ditenung..dipikir lagi dan disemak..Allah hai apa tujuan cik gee nnulih ni??nok markah sajo2 ke?nok orang baca?nak menunjuk??haishhh mitok jauh tang tu..nok nnulih sbb nak bui kesedaran..cheewaaahhh..tu dia..niat murni tu..jgn main2 naa..haha..

Pe2 pun buat la keje kita dengan ikhlas dan ada manfaat disebalik semuanya..jgn jadikan keje kita sia2 ye..let's be motivated!! yezzzaa 

popular writing from me n kak is

another popular writing

Rabu, 23 April 2014

Etnobotani dan Seni

Salam pagi khamis yang sejuk..nyaman dan sedikit bertenaga..

Lama tak menjenguk blog yang comey ni, ahaks..comey la sangat..takpe yang penting ada keinginan nak mencomelkannya. Perut yang makin hari makin maju ke depan ni sedikit sebanyak menghalang kerja-kerja penulisanku..susah nak menaip sebab tak boleh nak tunduk dengan selesa. Sabar banyak-banyak tak lama dah nak 'meletup' ni..insyaAllah.

Ok sekarang kita balik kepada topik asal kita..Etnobotani..apa tu? masa mula-mula dengar perkataan ni adalah masa kntrak kat mardi telong..my ex-boss nak mencorakkan saya sebagai etnobotanist tapi tak kesampaian..isk isk! Etnobotani berasal dari dua perkataan; Etno dan botani. Etno adalah etnik atau budaya dan botani adalah tumbuhan. Secara mudahnya kajian tentang tumbuhan sesuatu budaya atau etnik yang mengamalkannya. Kalau surf kat tenet tu mesti korang akan dapat malumat tentang tumbuhan dan kaum asal sesuatu tempat. itu yang biasa dibuat kajian..masing-masing kaum ada amalan tersendiri dan bidang ni dipopularkan pada zaman sekarang ni oleh seorang anak muda yang cemerlang bernama James Wong. Uish dah la ada rupa, bijak plak tu..siap dapat hasilkan produk untuk setiap tumbuhan yang dia tahu tu. Terpegun kalau tengok rancangan dia..korang nak kenal ke siapa dia ni? jom kita sekodeng sikit mamat ni..

 James wong 
 

Tengok siap ada buku lagi. Kajian tentang etnobotani ni memang menarik, tambah-tambah lagi jika berada di kalangan pelbagai kaum. Siapa yang nak simpan dan bangunkan khazanah yang mungkin terkubur ni kalau bukan kita? ayuh kita fikir ke depan..dengan mendalami ilmu ni, kita akan mampu uruskan kehidupan kita dengan lebih senang dan ceria! tanah sekakngkang kera boleh dipergunakan sebaiknya, produk boleh hasilkan sendiri untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Harus kita ingat dengan sedikit kesenian kita akan mampu sesuatu yang cukup bernilai..macam mana tu?jom2 kita tengok lagi produk seni hasil obsesi terhadap etnobotani ni..
exfoliator_header
bath soak and body scrub: source http://www.cityplanter.co.uk/
                                    essential oil recipes
                                       Homemade essential oils

Ahad, 9 Februari 2014

Kembali ke Serdang

Alhamdulillah..alhamdulillah dan alhamdulillah..

Patah perkataan inilah yang mampu aku ucapkan setelah hampir 10 bulan berada di Seb Perai..satu tempat yang aku kira x sesuai dengan jiwa aku..apatah lagi berjauhan dengan En Suami..

Apa iktibar boleh diambil dengan peristiwa ini? Doa + usaha + tawakal = kejayaan

Bukan mudah untuk berdepan dengan semua ini..lain yang dirancang, lain yang menjadi..sesungguhnya memang perancangan Allahlah yang terbaik.. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya..hasilnya aku dapat buat kerja yang aku suka..alhamdulillah sekali lagi..hmm harap2nya xde la hangat tahi ayam..alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Satu polisi kerajaan yang aku nak sangat aku kritik 'saya yang menurut perintah' di atas segala arahan pertukaran..Ya Allah hai, kita ni kan manusia..sepatutnya kena ada la budi bicara..xpatut betul kalau keluar perkataan dari mulut seorang ketua/pemimpin..tugas no 1, peribadi no 2! no way! ingat hati dan perasaan ni boleh main tinggal2 kat rumah ke?kalau dah bekerja kat ofis, hati dan perasaan tu la yang kita bawak sama.
Kalau dah hati dan perasaan tidak tenteram, macamana nak buat kerja?? kerja entah ke mana..keluarga entah ke mana..jadi ambik tindakan, abaikan tohmahan dan kata2 mereka yang macam lalat disekeliling kita.
Huh! bukan mudah! tapi mungkin itulah caranya Allah nak mendidik dan menguji kita.

Harapan ku cuma satu, moga ada sinar dan harapan baru di tempat baru ini..wallahua'lam.
Suatu ketika di Seb Perai..kenangan yang selamanya menjadi kenangan..:)

Khamis, 1 Ogos 2013

Ramadhan 1434H hampir ke penghujungnya..

Salam dari Pulau Mutiara! Setelah hampir 5 bulan berpindah, baru rasa ada mood nak berblog balik..
Gara-gara kerja bertimbun..huishh dahsyat jugak bila terlibat dengan padi ni rupanya, dapat plak bos yang memang selalu duk mengejar deadline, very strict! tapi ada la jugak baiknya kan..kerja cepat setel..haha!

Macam lari dari tajuk lak..huhu..sebenarnya hari ni dah masuk 24 Ramadhan! Cepatnya weh..masuk thn ni, aku dah start merasa berpuasa di 4 tempat di 3 negeri sepanjang 4 tahun kebelakangan ni! hebat kan..terasa hidup nomad lak..xpe, banyak pengalaman tu. Jadi apa kita nak buat di akhir Ramadhan ni geng??buat kuih?kek?biskut raya?shopping baju raya?ahaks mesti uols suker kan..hikhik..TAPI..huhu ada tapi lagi tu..sebaik2nya di akhir2 Ramadhan ni tumpu la buat amalan byk2 ooo..tahun dpn xtentu lagi jumpa ke tak..biarlah tahun ni adalah Ramadhan terbaik dan jika ada umur pnjg, thn depan jadi lebih baik!Always niat camtu n biarla seiring dengan usaha kita jugak ye! JAdi tahun2 akan dtg, cari la baju raya siap2 sblm posa, tempah siap2 biskut..so xla kalut sgt kan..sama2 kita ingat mengingat.

Semenjak bermastautin di Penang yg damai ni..byk plak bleh berkarya! karya per tu??hehe..ni la yg dikatakan stress membina kreatif! tak elok sebenarnye, tapi dah terbiasa..maka terlahirlah segala mcm lukisan dan kreativiti. dah lama sgt nak melukis kaca, akhrnya alhamdulillah dapat jugak cari catnye..mahal la jugak tapi xpe, kepuasan diri! xsalah kalau berbelanja selagi tak membazir kan. Ahaks..nak godek files, nk kasi uols tgk hasilnya..jommm!

Sebelum pe2..nak Ucap Selamat Hari Raya dulu la..gadis sunti mn tuuu??

Lukisan kaca pertama..botol terpakai!

yg ni skill melukis dari dasar..kaca jugak

Ahaks..siput comel dah menjadi lebah comel

Isnin, 28 Januari 2013

Oryza sativa

Jom kita berkenalan dengan bijirin yang paling glamer kat dunia..beras! Semua dan hampir la kan yang belajar sains tu tahu apa nama saintifik padi atau beras kan..yupp nama dia Oryza sativa. Pokok padi ni unik sebab perlu tanam dalam tempat yang bertakung air. Boleh tak tanam padi kat tempat xde air?bolehhh, Allah Maha Bijaksana, pokok ni pun tahan kat tanah gersang..macam manusia jugak ada yang tahan kat tempat sejuk, ada yang tahan dgn cuaca panas..

Spesies padi yang tanam kat dalam air tu kita panggil padi sawah, kalau yang xde air tu kita panggil padi aerob atau ada juga jenis padi huma atau juga padi bukit. Macam mana ye rupa bentuk pokok padi ni? kalau nak tahu jom kita layan gambar kat bawah..jommm

morfologi pokok padi

comel kan..:)